Alhamdullilah,setelah berjumpa dengan Dr. Anwar, saya sudah boleh tidur seperti biasa. Memang berkesan rawatan yang diberikan oleh Dr. Anwar.

—Firdaus

dr-anwar-samhari-picPakar Perunding Rheumatik dan Sakit Kronik

Selamat Datang ke Laman Rasmi Dr. Anwar Samhari Mat Arshad, Pakar Perunding Rheumatik dan Sakit Kronik dari Klinik Pakar Sendi, Urat & Tulang. 

Beliau menerima Ijazah Asas Perubatan dari Universiti Malaya dan seterusnya menjalani latihan perubatan dalam bidang Reumatologi dan Sakit Kronik di HUKM. Beliau telah dianugerahkan Biasiswa Negara untuk melanjutkan MSc dalam Reumatologi dan menerima MRCP dari Royal College of Physicians, United Kingdom.

Kemudian, beliau menyertai Ninewells Hospital, Dundee dan Perth Royal Infirmary, Scotland untuk menjalani latihan pakar yang lebih mendalam mengenai Reumatologi dan Sakit Kronik. Kini, Dr. Anwar Arshad merupakan Felo American College of Rheumatology, Felo American College of Physician, Felo of the Royal College of Physicians of Ireland dan Felo Royal College of Physician of London.

Beliau aktif dalam CME dan penyelidikan dan merupakan pengarang utama dalam Jurnal Saintifik Kebangsaan/Antarabangsa serta pengulas untuk Jurnal Reumatologi Antarabangsa. Dr. Anwar Arshad turut bertindak sebagai Penasihat Wilayah Utara bagi Persatuan Reumatologi Malaysia dan sebagai ‘Key Opinion Leader’ di Malaysia dan juga rantau Asia Pasifik. Bidang keutamaan beliau adalah menjurus kepada rawatan sakit, pengurusan intervensi dan ultrasound muskuloskeletal.

Dr. Anwar Arshad juga adalah pakar reumatologi yang pertama di Asia diiktiraf sebagai Felo Interventional Pain Practitioner oleh World Institute of Pain dan merupakan Pengerusi Chapter of World Institute of Pain. Beliau turut menjadi penceramah dan mengendalikan pelbagai bengkel mengenai Ultrasound Muskulosketal dan Pengurusan Sakit Intervensi secara meluas di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Isnin & Rabu
9:00 pagi – 1:00 ptg
2:00 ptg – 5:00 ptg

Selasa & Khamis (Temujanji shj)
9:00 pagi – 1:00 ptg
2:00 ptg – 5:00 ptg

Jumaat
9:00 pagi – 12:30 ptg
2:30 ptg – 5:00 ptg

Sabtu
9:00 pagi – 1:00 ptg

TUTUP
Ahad & Hari Kelepasan Am


Lihat Bone Joint & Pain Specialist Center dalam peta yang lebih besar

Bone Joint & Pain Specialist Center 
(Pusat Pakar Sendi, Urat dan Tulang)

57 & 59, Jalan Todak 6, 
Sunway Perdana, 
Pusat Bandar Seberang Jaya, 
13600 Seberang Perai, 
Pulau Pinang

+604-3838829

+6016-4148095