Rheumatoid Arthritis (RA)

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoinum).

Ketidak seimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi.

Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.

354024_CPPD_Arthritis-3sm

RA

Serangan Rheumatoid Artritis

RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak. Kaum wanita mempunyai kekerapan tiga kali ganda lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.

 

Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala

  • Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
  • Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
  • Berasa letih dan lesu.
  • Kekeringan mata dan mulut.

Diagnosa

Diagnosa RA adalah berdasarkan kepada pemeriksaan pesakit bersama dengan bantuan ujian makmal dan pemeriksaan radiologi (ultrasound). Di antara ujian makmal yang dijalankan adalah:

  • Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)
  • CRA
  • Rheumatoid Factor (RF)
  • Anti CCP

RA2

 

Rawatan

Matlamat:

  • Melegakan sakit dan mengurangkan keradangan sendi.
  • Merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.
  • Meningkatkan fungsi pesakit dalam menjalani kehidupan seharian.

 

Rawatan yang digunakan:

1. Ubat-ubatan:

  • Ubat NSAIDs (‘Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’) dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi.
  • Ubat DMARDs (‘Disease Modifying Anti-Rheumatic Drugs’) bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.
  • Ubat Biologic – merupakan ubat baru bertujuan merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi.
  • Ubat Steroid kadangkala diperlukan untuk jangkamasa yang pendek sementara menunggu ubat DMARDs menunjukkan kesannya.

Disebabkan penggunaan ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan, maka anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda.

2. Pemulihan anggota dan cara kerja:

  • Rawatan ‘hot pack’ untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi (fisioterapi).
  • Senaman untuk menguatkan otot dan mempertingkatkan pergerakan sendi.
  • Senaman yang tidak memberi bebanan ke atas sendi seperti berenang amat digalakkan.
  • Jenis senaman bergantung atas keupayaan anda.

Amalan senaman ini perlulah diseimbangkan dengan masa rehat.

Ubat-ubatan untuk RA

“Disease modifying drugs” termasuklah:

RA3

Faedah DMARD tidak akan dirasai serta-merta. Mungkin ia mengambil masa 6-10 minggu atau lebih sebelum anda merasai faedah menggunakan ubat tersebut. Biasanya terdapat pengurangan kebengkakan, kekakuan, kesakitan serta keletihan. Sesetengah ujian darah yang mengukur inflamasi juga menunjukkan kemajuan.

Adalah penting untuk mengingati bahawa setiap orang adalah berlainan dan setiap orang menunjukkan tindakbalas yang berlainan terhadap ubat yang sama.
Berapa kerapkah ujian dilakukan?

Apabila pengambilan ubat dimulakan, ujian darah (bilangan darah penuh, fungsi hati dan buah pinggang) serta ujian air kencing untuk protein dan darah mungkin dilakukan sekali seminggu atau kurang bergantung kepada jenis DMARD yang anda ambil. Doktor anda akan menguruskan ujian ini untuk anda.

Suntikan corticosteroid ke dalam sendi

Sendi-sendi yang biasa disuntik adalah ibu jari tangan dan kaki, lutut dan bahu. Kebanyakan daripada steroid berada dalam sendi dan larut dalam masa beberapa hari, namun amaun yang kecil diserap ke dalam edaran darah. Ini mungkin member kelegaan tambahan kepada sendi-sendi yang lain, berlanjutan selama enam minggu dan kadang-kadang lebih. Menyuntik steroid ke dalam sendi tidak mengakibatkan kesan sampingan yang dikaitkan dengan pengambilan secara oral.

Tindakan berjaga-jaga semasa suntikan ke dalam sendi

• Suntikan mestilah diberi seorang doktor yang berpengalaman, samada doktor biasa atau doktor pakar.
• Biasanya tidak lebih daripada tiga atau empat suntikan disuntik ke dalam sendi yang sama dalam jangka masa lebih 12 bulan.

Kehamilan

Berbincanglah dengan doktor anda jika anda merancang untuk hamil, kerana kebanyakan, (tetapi bukan semua), DMARD perlu diberhentikan sebelum anda hamil. DMARD mungkin disambung semula apabila anda tamat menyusukan bayi.

Kesan Sampingan

DMARD cenderung mempunyai kesan yang lebih ke atas artritis berbanding dengan NSAID dan terdapat beberapa kesan sampingan. Pemantauan yang teliti dari segi dos bersama dengan ujian darah dan air kencing yang kerap akan membolehkan sebarang masalah dikesan lebih awal dan tindakan yang sesuai diambil.
Tentang Rheumatoid Artritis (RA)

Rheumatoid Artritis ialah penyakit kronik yang merujuk kepada keradangan pada tisu pengalas atau sinovia sendi. Ia boleh mengakibatkan kerosakan sendi pada jangka masa panjang dan menyebabkan sakit kronik, hilang upaya dan kecacatan.

Rheumatoid Artritis menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yang menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. Dalam peringkat ketiga, sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yang mungkin memakan tulang dan rawan, mengakibatkan sendi yang terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.

Disebabkan ia adalah penyakit kronik, RA akan kerap menimbulkan masalah dan tidak akan hilang begitu sahaja. Aktiviti penyakit juga akan kerap berlaku. RA ialah penyakit yang sistemik, di mana ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk RA jika anda ingin teruskan kehidupan yang produktif. Kajian menunjukkan rawatan awal RA yang agresif dapat mengawal kerosakan sendi, lantas mengurangkan masalah kehilangan pergerakan, meningkatkan keupayaan untuk bekerja, mengurangkan kos perubatan dan menurunkan keperluan pembedahan.